J Garis Panduan bagi Penggunaan yang Selamat dan Cekap
PENDEDAHAN KEPADA TENAGA FREKUENSI RADIO
Pendedahan kepada gelombang radio dan maklumat Kadar Penyerapan
Tertentu (Specific Absorption Rate) (SAR)
Telefon bimbit model KG276 ini telah direka bentuk supaya mematuhi keperluan kesela-
matan yang berkenaan bagi pendedahan kepada gelombang radio. Keperluan ini adalah
berdasarkan garis panduan saintifik yang termasuk margin keselamatan yang bertujuan
memastikan keselamatan bagi semua orang, tidak kira umur atau tahap kesihatan.
›
Garis panduan mengenai pendedahan kepada gelombang radio ini menggunakan unit
pengukuran yang disebut Kadar Penyerapan Tertentu (Specific Absorption Rate), atau
SAR. Ujian-ujian bagi SAR dijalankan menggunakan kaedah yang dipiawaikan dengan
telefon memancarkan pada aras kuasa diperakui yang tertinggi dalam semua jalur
frekuensi.
›
Walaupun mungkin terdapat perbezaan antara aras-aras SAR bagi pelbagai model telefon
LG, kesemuanya direka bentuk supaya memenuhi garis panduan relevan bagi pendeda-
han kepada gelombang radio.
›
Had SAR yang disyorkan oleh Suruhanjaya mengenai Perlindungan Sinaran Bukan-Ion
(Commission on Non- Ionizing Radiation Protection) (ICNIRP) antarabangsa, iaitu
2W/kg dipuratakan ke atas sepuluh (10) gram tisu.
›
Nilai SAR yang tertinggi bagi telefon model ini yang diuji oleh DAISY bagi penggunaan
pada telinga ialah 0.956 W/kg (10g).
›
Maklumat SAR bagi penduduk di negara/kawasan yang telah mengambil had SAR yang
disyorkan oleh Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik (Institute of Electrical and
Electronics Engineers) (IEEE), iaitu 1.6 W/kg dipuratakan ke atas satu (1) gram tisu.
20
(Disambung)